Sunday, July 12, 2009

Indahnya alam!


Subhanallah! Itulah kalam taksub yang dapat aku ungkapkan tika mata melihat keindahan alam ciptaan Allah yg Maha Kuasa ini. 2 hari berada di Pulau Kapas, Marang, Terengganu membuatkan aku terfikir akan kebesaran Maha Pencipta buat seketika. Alpa, itulah aku…fitrahku…fitrah kamu,anda dan kita semua. Sehari hari leka dengan tugas harian dan rutin kehidupan, kadang kita terleka akan misi sebenar kewujudan kita ke dunia ini.

Alhamdulillah, aku dan keluarga berpeluang untuk bercuti, melepaskan lelah bekerja dan belajar hasil rezeki kurniaan Allah. Perjalanan lebih kurang 7 jam dr KL ke Marang, Terengganu agak meletihkan tapi puas bile berada bersama2 keluarga. Setibenye di Jeti Marang, kami dihidangkan dengan pemandangan laut dan susunan bot di sepanjang jeti. Gembira melihatkan suasana kampung pesisir pantai, tenang memandang air laut, lega dan segar menikmati hembusan angin pagi dan sinar sang matahari di ufuk timur. Segalanya indah bile kita mampu menilai segala ciptaan Tuhan kan? Cantik.

15 minit perjalanan menaiki bot ke pulau kapas aku terbuai dengan angin laut dan deru air menjadi ombak2 kecil tika bot melaluinya. Aku menikmati buih2 lautan yang biru itu, begitu mengasyikkan hingga aku terbayang kalau aku jatuh ke dalamnya, mampukah aku lepas darinya? Laut dalam dan berombak mmg berbahaya, tp kuasa Tuhan mengatasi segalanya, kami selamat melaluinya. Aku teringat kisah Nabi Nuh, ikan nun dan bahteranya, kisah tsunami dan segala mcm kisah mengenai air. Kuatnya kuasa air hingga mampu melenyapkan sebesar2 binaan dan membenamkan segala kuasa manusia. Aku juga bersyukur krn air yg bnyk ni la menjd sumber makanan dan minuman kite semua. Bkn setakat membekalkan h20, tapi segala macam kalsium, protein dan nutrien yg d perlukan oleh semua makhluk d alam ini. Dalam lautan ada pelbagai hasil laut yg memberi sumber rezeki dan penyambung nadi manusia, tumbuhan, dan haiwan.

MasyaAllah, mmg Allah pemilik tunggal segala apa yg ada di langit dan d bumi. Melihatkan pulau yang cantik dengan keindahannya tersendiri, aku terkesima. Hebatnya Allah menjadikan secantik pulau di tengah2 laut China Selatan yang luas itu. Membenarkan segala isi dalam pulau itu hidup dengan kudratNya. Pantainya cantik, jernih, tak dicemari dengan sampah, penuh dengan hidupan air. Spesis ikan yg pelbagai mebuatkan aku dan keluarga ghairah melihatnya. Usai solat asar, kami berjalan2 di sekitar pulau, bermain pasir pantai dan mandi laut…antara main activity adik beradikku (pantang jmp air, mst terjun berenang). Hari gelap, ombak kuat..hujan. nampaknya kn berehat untuk aktiviti snorkeling esok pagi dan aku terpaksa simpan niatku utk melepaskan gian berkayak. Heee…rehat bersama keluarga dulu ya.

Keesokan harinya, aku bangun awal nak melihat fajar pagi d tepi pantai. Cantik! Takjub aku lihat cahaya matahari yg kekuningan itu. Perlahan2 sang matahari menunjukkan sinar terangnya dari suhu yang sejuk betul smp aku mula merasa habanya. Aku tak melepaskan peluang mengejar anak2 ketam di atas pasir halus dan bermain di gigi laut Pulau Kapas sambil mengutip serpihan coral yg dah mati utk d jadikan hadiah pagi buat seseorang. Hampir jam 7.45 pagi, abah panggil aku sarapan bersama dan aku btul2 menjamu selera krn perutku kosong sejak malam td dan aku perlukan tenaga untuk snorkeling kol 8 nnt.

Lengkap berpakaian mandi, kami adik beradik menunggu bot d jeti. Bot Ikhlas 9 yg dipandu seorang pakcik yang senang dipanggil ‘Cikgu’ terus dipacu laju mengelilingi Pulau Kapas. Aku leka melihat air laut yg betukar warna dr biru kehijauan ke biru navy pabila bot melepasi pelampung bulat yg menjadi tanda pembahagi laut dalam itu. Mata kami terpukau dengan bentuk batuan yg terbina akibat hakisan air laut d belakang pulau, pelbagai bentuk termasuklah bentuk kapal dan semacam lorong yg terbentuk di antara gua-gua di tepi laut yang tiada daratan itu. Ombak China Selatan yg kuat memukul apa sahaja di hadapannya membuatkan kami sedikit takut tapi abah selalu ingatkan kami supaya redha dan tawakkal dlm apa jua keadaan sekalipon. Bot bergerak perlahan walaupon enjin bot kuat menderum d belakang. Cikgu kata ombak besar, bahaya jugak sbb malam tadi hujan, cuaca kurang elok tapi masih selamat untuk d lalui. Bot yg kami naiki berombak2 dek pukulan air yg agak kuat dari arah kanan. Arah kanan itu aku lihat seperti tiada penghujungnya…luas sekali, masyaAllah…pertama kali aku melihat sendiri dan berfikir sedlam- dlmnya tentang kehebatan dan kecantikan laut biru pekat yg maha luas itu. Aku tak dapat bayangkan kedalamannya tapi aku tahu laut ini mmg dalam. Mengikut kata cikgu, angin ni mmg direct dr arah Laut China Selatan (LCS), takda simpang siur arahnya, lurus dari LCS..tiada penghalang di hadapannya. Klu pulau lain ade simpang siurnya, Kapas takda..

Jika selama ni aku pernah berkayak merentasi Selat Melaka, laut masin yang sama terbentang luas di hadapanku, berombak dan berangin..aku merasakan mmg jauh berbeza bile melalui LCS ni…ombaknya kuat dan sangat dalam. Aku terus membayangkan glob dan gambarajah bumi seperti dlm buku teks geografi tingkatan 3. Bumi yg kita tinggal ini terdiri daripada 2/3 air, segala ilmu sains dan geografi aku combinekan mencari jawapan utk soalan mudah ini. Lalu, aku tanyakan terus pada abah ttg kemusykilan bentuk alam ni dan ape akan terjadi klo pasak bumi takde nnt...abah lambat2 jawab soalan bodohku, sambil tersenyum abah jwb persoalanku dengan sepotong ayat ini. Ayat yg biasa aku baca tapi tak ku dalami maksudnya, ayat yg dah berabad lamanya diturunkan oleh Allah sebelum sains ditemui….di awal surah Al-Waqi’ah ade d ceritakan akan terjadinya hari kiamat...btapa dahsyatnye hari akhirat itu, lalu terbayangkan ttg 3 golongan d hari akhirat nnt, dsb...Lantas, aku jua tersoalkan diriku sendiri, bodohnya aku….betullah kata Nabi, klo dicampurkan 7 lautan d alam ini d jadikan tinta untuk menulis ilmu Allah ini, takkan habis semuanya kerana ilmu Allah itu sangat luas dan aku pun belum habis menerokainya, dan takkan mampu untuk menghabiskannya….

Kami singgah ke Pulau Gemia or Gem Island & Spa Resort melihat anak2 penyu dibiakkan d kolam. Comel mereka berenang dan berkumpul d tepi kolam. Anak2 penyu hijau ni cantik jgk, spesis ni aku tak bape tau sangat, tp cantik penyu ni…cengkerangnya ade corak warna oren. Baby turtles ni lembut je badannya. X mcm anak turtoise kat umah aku, keras cengkerangnya. Anak penyu ni br bp hari menetas, byk gak tak berjaya meneruskn hidup..diorg mkn ikan talang yg digantung kat tepi kolam tu…bagus jgk inisiatif sesetgh pihak nk menjaga haiwan yg hampir pupus ini.

Puas bergambar dan main anak penyu, kami ke tanah besar utk snorkelling. Wow, subhanallah. Indahnya alam! Mmg takjub…ikan kat pulau ni byk sgt sbb byk coral. Mcm2 spesis ikan aku dpt pegang dan tengok. Cikgu bagi kami sebuku roti untuk umpan ikan datang berkumpul kat kita…aku dapat pegang kulit ikan dalam air bile diorg dtg serbu makan roti dlm genggaman tangan aku…leka smp kn gigit pon tak endah dah, best sgt tgk ikan penuh berenang keliling bdn kita…mcm2 warna, ikan nemo2 plg aku suke…heh, aku taktau namanya…tp kaler oren, biru n coklat cm dlm cite nemo…best!

Once da snorkel smp tengah laut…byk sgt coral hidup, terpesona tgk smpai da jauh dr kumpulan pon tak sedar. In a simplest way, what can I describe of what I’ve looked is such a beautiful portrait laid in front of me! Mcm dlm lukisan laut dalam, itulah yg aku lihat dgn mataku sendiri..santik!!!!! rasa nk tangkap2 jer sume ikan2 ni…tp byk sgt, diorg berenang sekumpulan…best! Pastu bile tgk coral n hidupan laut mcm jd mermaid lak..hahhaa…seronok, dpt tgk ikan sebelah, duri landak pon ade, obor2, gamat, seaweed, n mcm2 lg la hidupan pelik2…subhanallah, indahnya makhluk Tuhan.

2jam kat air, kitorg bertolak balik nk check out…sok nk keje beb…so, pulangla kami dgn penuh harapan untuk snorkel lg..nk dive xda talent lak..nnt kot..smp jeti aku smbg berenang n sewa kayak..berkayak jap melawan arus br balik mandi pool…da nk kol 12 br msk bilik n pack off…back to KL!